SportsUnite 5th Anniversary 2009
  SportsUnite Unity Awards 2009
  SportsUnite 2009 Highlights
Launch Futsal 1 Malaysia
 
 
Datuk Hishammuddin Hussein
Menteri Pelajaran
 
Datuk Azalina Othman Said
Menteri Belia dan Sukan
 
  "Saya amat tertarik dengan wawasan majalah SPORTSUNITE dengan misinya untuk menanam dan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan remaja kita. Kementerian Pelajaran menyokong penuh nilai murni ini."   "Saya mengagumi konsep majalah sukan SPORTSUNITE, terutama temanya 'satu pasukan satu impian'. Kegiatannya yang berasaskan perpaduan satu usaha yang murni. Majalah ini boleh menyumbang ke arah memenuhi visi Kementerian Belia dan Sukan untuk meningkatkan dan mengekalkan budaya sukan di kalangan rakyat terutama generasi muda."  
     
 
Datuk Dr Maximus J. Ongkili
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 
Tun Dr Siti Hasmah Bt Hj Mohd Ali
 
  "Konsep majalah SPORTSUNITE selari dengan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan perpaduan. Saya mengalu-alukan usaha ini ketika kita mahu membudayakan perpaduan dan sukan, menerusi sektor Jiran Muda boleh mempercepatkan lagi menginstitusikan perpaduan."   "SPORTSUNITE memaparkan banyak artikel menarik di samping banyak memberi pengetahuan serta informasi. Saya menggalakkan pelajar-pelajar membaca SPORTSUNITE kerana ia mampu menjana anda mencapai kecemerlangan dalamakademik dan sukan."  
     
 
Datuk Wira Mazlan Ahmad
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara
 
Tan Sri Datuk Abdul Rafie Mahat
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan
 
  "Majalah ini menyediakan maklumat berguna kepada pembaca, terutama pelajar. Bahan-bahan juga sesuai dengan cita rasa pelajar.Saya anggap kelahiran SPORTSUNITE sebagai pelengkap informasi sukan."   "Saya memang menggalakkan pelajar membaca majalah ini kerana ia boleh membantu mereka membentuk karektor dan memajukan diri. Saya juga menggalakkan sekolah-sekolah melanggan untuk memberi peluang lebih ramai pelajar membaca dan menghayati nilai murni yang ada."  
     
 
Tan Sri Imran Tuanku Jaafar
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
 
Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar
Pengerusi Eksekutif MK Land
 
  "Tema SPORTSUNITE satu pasukan satu impian mencerminkan nilai yang sama dengan MOM - visi Olimpik mewujudkan keamanan dunia, suasana harmoni dan persahabatan menerusi sukan. Majalah ini pula banyak memberi ruang dan peluang kepada jaguh-jaguh sekolah untuk mendapat publisiti. Mereka adalah wira-wira yang wajar mendapat pengiktirafan."   "Kita memerlukan orang yang ikhlas dan jujur dalam menerajui pembangunan sukan di semua peringkat. Saya mengucapkan syabas kepada SPORTSUNITE yang mempunyai pandangan jauh. Banyak bakal-bakal juara ada di pedalaman dan ia perlu diterokai. Saya nampak SPORTSUNITE menuju ke arah itu."